Untuk renungan bersama

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang ternilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.

Maka simpalah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan emas dan perak.

Terbukti, inflasi sifar selama 1400 tahun.

Pada zaman Rasulullah, harga seekor kambing ialah 1 dinar dan kini ( 2010) harga seekor kambing pun 1 dinar.

Begitu juga harga seekor ayam pada zaman Rasullulah ialah 1 dirham, pada zaman ini harga satu ekor ayam pun 1 dirham.

Oleh itu marilah bersama-sama kita menyimpan emas untuk faedah kita bersama.... insyallah.

Tuesday, November 30, 2010

Berita terkini Seminar Anjuran Pubic Gold bertajuk Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan

Date : 4th Dec 2010

Time : 10am – 5pm

Venue : Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia

Speakers : Mahaguru Syukor bin Hashim

Associate Professor Mahamad Hakimi Ibrahim

Dr. Zuhaimy

Associate Prof Ahamed Kameel Mydin Meera

(Author of the books The Islamic Gold Dinar and The Theft of Nations)

Dr. Azizuddin

Entrance fee : Dealer RM50.00

Non-Dealer RM60.00

Remarks : **Dealer will get RM10.00 with bringing per non-dealer



For registration, please contact 04-6449999, Public Gold HQ.



WISH TO SEE YOU THERE !!!

Thursday, October 7, 2010

Peluang pelaburan emas




Emas sebagai alternatif pelaburan oleh Y. Bhg. Dato' Salleh Majid

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

klik sini untuk berita penuh

Thursday, September 16, 2010

Harga kambing korban RM872 seekor

SINGAPURA: Harga kambing untuk ibadat korban di Singapura ditetapkan pada S$375 (RM872.12) bagi tempoh tiga tahun akan datang.

klik sini untuk berita penuh

* SEKARANG ADALAH MASA TERBAIK UNTUK MEMBELI DINAR.

Friday, August 13, 2010

Islamic currency for Kelantan

KUALA LUMPUR - A MALAYSIAN state on Thursday launched the Islamic dinar and dirham as an alternative currency, allowing the golden and silver coins to be used as legal tender alongside conventional banknotes.

more news, please click here

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

klik disini untuk berita penuh

Tuesday, August 3, 2010

Gold Buyer's Checklist

A nine-point checklist for secure gold investment...

LOOKING TO buy gold today? Here's a nine-point check-list for secure gold investment... click here to continue reading

Monday, August 2, 2010

Penggunaan Dinar Sebagai Mas Kawin


Antara kisah terkenal dan terawal yang menggunakan dinar emas sebagai mahar perkahwinan adalah artis M Nasir dan Marlia Musa. Mengikut M.Nasir, beliau menggunakan dinar emas ini adalah atas sebab ingin kembali kepada tradisi islam.

M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.

Berita Penuh :http://adf.ly/4kpp

DINAR EMAS Sebagai Mas Kawin



Saturday, July 31, 2010

Gold: The Best Thing We've Got

Oh la la... that was fast! We’ve had headaches that lasted longer... read more at http://adf.ly/83874/pg0003

Bagaimana membuat pelaburan Emas di Malaysia

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh, .... read more at http://adf.ly/4fKo

Friday, July 30, 2010

DINAR EMAS

Assalamualaikum,

Saya mememtik daripada blog Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia
By Dr. Mahathir Mohamad on November 4, 2008 2:46 PM

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.